Wednesday, May 23, 2012

Apam Polkadot!!


Hai kawan-kawan!!!


Kita nak bagitahu semua ni...lately ni kita sibuk sikit belajar nak buat apam polkadot...heeeee...
Alhamdulillah, 1st time buat terus menjadi.Sekarang ni dah dijual dikedai dan buat untuk tempahan untuk kenduri sikit2, untuk birthday and latest untuk doorgift....nak tengok tak gambar kita buat apam polkadot tu??  nanti kita letak sekali resipenye eh...huhu..manalah tahu u olls semua nak buat.haaa boleyla try tau. memang best!!
























Hohoho....now turn resipi lak kan...

Kita belajar pon dari My Resipe 



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ coklat apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna


Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula, ovalette, susu, tepung,baking powder ke dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang dan sebati.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
5. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
6. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba kawan-kawan!!!



No comments:

Post a Comment